Selasa, 31 Januari 2017

Beton Godog

Salam bertani.

Petang semalam WP menjamu selera dengan beton godog dan kopi panas. Sesekali makan beton godog memang enak dan lazat. Tak tahu beton godog? Beton godog adalah sebutan biasa masyarakat Jawa JDT yang bermaksud 'biji nangka rebus'.

Beton godog enak dan sesuai dijadikan menu minum petang kerana kandungan karbohaideratnya yang tinggi serta mengandungi vitamin A, B dan C. Ia juga kaya dengan mineral sepeti protein, kalsium, zing dan posper.

Diantara manfaat yang dibekalkan oleh beton godog ialah kadar seratnya yang sangat tinggi dapat meredakan rasa resah gelisah atau stress. Ia juga dapat melembutkan dan mengurangkan keriput pada kulit dan menyebabkan kulit bersinar.

Beton godog  dapat meredakan mual-mual, sembelit dan dapat menstabilkan sistem pencernaan kita.
Melebatkan rambut dan mengelakkan rambut gugur. Yang pentingnya ia mengandungi bahan antikanser, antihipertensi, antioksidan dan antipenuaan. Kandungan zat besi yang tinggi pula dapat mencegah anemia.


Sepinggan beton godog jadi santapan petang semalam.



Beton didapati daripada buah ini.



Seulas nangka madu mengandungi  sebiji beton.



Beton yang masih ada selaput buah.



Beton dikeluarkan daripada selaputnya.



Rendam beton semalaman untuk cepat lembut apabila digodog.
Tambahkan sedikit garam semasa menggodog.



Inilah rupa beton godog yang sedia untuk dimakan.



Cengkerang beton.
Beton digodog sehingga cengkerangnya pecah/terbuka untuk
memudahkan mengopeknya.



Rupa isi beton godog yang sangat lazat.
Lembut dan empuk.



'Beton godog' makanan tradisional berkhasiat yang semakin dilupakan.



Salam bertani.


Rabu, 25 Januari 2017

Selasa, 24 Januari 2017

Rambutan Gading.

Salam bertani.

Ada sepohon rambutan gading yang berbuah luar musim sedang masak ranum sekarang.
Buahnya sangat lebat sehingga hampir mencecah tanah. Dapatlah WP sekeluarga, saudara mara dan jiran tetangga merasai kelazatan buah rambutan gading di luar musim kali ini. WP dapat abadikan gambar-gambar buah rambutan gading dari mula berputik sehinggalah matang dan boleh dituai.





























Salam bertani.

Jumaat, 20 Januari 2017

Asam Gelugur

Salam bertani.

Pokok asam gelugur adalah pokok saka berkayu yang tinggi dan besar apatah lagi sekiranya ditanam dengan biji benih. Walau bagaimana pun, pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui kaedah cantuman baji agak kurang membesar dan rimbun serta cepat mengeluarkan hasil. Sebahagian pokok asam gelugur yang ditanam melalui biji benih tidak akan mengeluarkan hasil sekiranya menjadi pokok jantan.

Hasil utama tanaman asam gelugur ialah buahnya yang dijadikan asam keping. Buah asam gelugur matang berasa sangat masam dan sesuai dijadikan perasa masam makanan menggantikan asam jawa.
Buah matang asam gelugur dihiris nipis-nipis dan dijemur selama sepuluh hari sehingga kering menjadi asam keping. Asam keping digunakan sebagai perasa masakan melayu seperti masak asam pedas, masak lemak cili api dan masak singgang. Ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.

Pucuk muda asam gelugur boleh dijadikan ulaman sama ada dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi kerabu dan nasi ulam.


Sebiji buah asam gelugur matang.


Anak benih pokok asam gelugur yang dibiakkan melalui cantuman baji.


Setangkai bunga asam gelugur.



Bunga asam gelugur akan membentuk putik buah.


Buah asam gelugur muda.


Sebiji lagi.


Buah asam gelugur muda yang gugur ke tanah.



Digugurkan oleh monyet tetapi tidak memakannya kerana
rasanya terlalu masam.


Buah asam gelugur matang yang sesuai dituai untuk dijadikan 
asam keping.


Inilah asam keping.
Hasil daripada buah asam gelugur yang dikeringkan.


Harga runcit asam keping melebihi RM22.00 sekg


Daun pokok asam gelugur.
Pucuk mudanya boleh dijadikan ulaman.


Sepohon asam gelugur dewasa yang sentiasa mengeluarkan bunga
dan buah. Buahnya tidak bermusim dan dihasilkan sepanjang tahun.

Daun, bunga dan buah asam gelugur mempunyai nilai herba yang boleh digunakan sebagi bahan perawatan alternatif pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria.
Ia juga boleh digunakan untuk perawatan penyakit kencing manis, menurunkan darah tinggi, mengurangkan berat badan, mengawal nafsu makan dan masalah jantung dan bertindak sebagai antioksidan. Manakala jus minuman asam gelugur boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Waulahualam.

Salam bertani.

Rabu, 18 Januari 2017

Sabtu, 14 Januari 2017

Musim Nangka

Salam bertani.

Sekarang sedang musim buah nangka masak di dusun WP. Buah nangka masak biasanya WP kupas sendiri untuk mengeluarkan isinya dan disimpan dalam peti ais untuk santapan seisi keluarga. Sebahagiannya diberian kepada jiran-jiran dan ada juga yang dijual di paskam.


Sebahagian daripada isi nangka madu.


Isi buah nangka siam.
Ulasnya kecil sedikit tetapi rasanya sangat manis.


Keratan buah nangka siam yang matang.



Seulas isi nangka siam.



Buah nangka siam matang yang sudah di tuai.


Nangka J33


Menunggu masa untuk dituai.


Sebiji lagi


Pastika hanya sebiji buah nangka setangkai untuk mendapatkan
buah yang berkualiti.


Sebiji buah nangka yang telah dituai.
beratnya melebihi 30 kg.


Salam bertani.