Sabtu, 29 Oktober 2016

Pokok Kencur.

Salam bertani.

Ada banyak pokok kencur yang WP tanam sekeliling rumah terutama sekali di dalam bekas dan pasu. WP biasanya menyebut tanaman ini sebagai pokok kencur tetapi masyarakat kita lebih mengenalinya sebagai pokok cekur. Kencur atau cekur merupakan tanaman herba dua guna iaitu sebagai sayuran serta ulaman dan sebagai bahan perubatan trdisional kerana hilai herbanya yang tinggi.

Pokok kencur hidup melalui umbisi atau rizomnya yang terdapat di dalam tanah seperti pokok kunyit atau halia tetapi pokoknya lebih renek dan bentuk dunnya lebih kecil. Ia hidup berumpun dan mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun melalui semaian umbisinya yang matang. Hasil utama tanaman kencur ialah daunnya yang dijadikan bahan masakan dan ulaman dan umbisinya yang dijadian bahan perawatan herba.

Daun kencur banyak digunakan oleh masyarakat Jawa untuk masakan pecel ikan atau pun ayam. Daunnya juga dijadikan bahan membuat keluban/urap. Disamping itu, daun kencur dijadikan bahan campuran dalam menu kerabu. Rizom kencur biasanya dijadikan bahan ramuan masakan seperti kunyit atau halia. Ia juga boleh dijadikan ulaman dimakan bersama nasi. Rasanya agak pedas dan sedikit pahit serta mempunyai aroma yang tersendiri.



Pokok kencur yang ditanam di dalam pasu.


Di tanam dalam bekas plastik.


Tanaman pokok kencur di dalam bekas


Di pasu pokok bonsai


Boleh hidup di kawasan terdedah atau naung.


Hidup berumpun dan cepat membiak.


Di pasu pokok bonsai


Bunga kencur


Pokok kencur yang  dituai dan telah dibuang akarnya.



Kencur yang dijual.


Umbisi kencur yang mempunyai pelbagai khasiat herba.
Boleh dijadikan bahan penanaman dan akan mengeluarkan rizom baru.

Selain dijadikan bahan ramuan masakan dan ulaman, tanaman kencur juga mempunyai nilai herba yang banyak manfaatnya. Kencur biasa digunakan sebagai bahan perawatan wanita terutama untuk wanita lepas bersalin. Jamu beras kencur digunakan oleh masyarakat Jawa untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga dan menghilangkan lenguh-lenguh sendi akibat penat bekerja. Pengamal makanan kencur dikatakan boleh awet muda. Kencur dapat menambahkan selera makan terutama bagi kanak-kanak dan boleh meredakan pelbagai penyakit seperti batuk, sakit sendi, sakit perut, membuang angin dalam badan, mengurangkan bengkak, muntah dll.
Waulahualam.

Salam bertani.

Khamis, 27 Oktober 2016

Anggur.

Salam bertani.

Seorang bff WP sedang melawat Thailand atas urusan rasmi. Beliau sempat melawat Pusat Penyelidikan Anggur di-Raja Thailand dan menghantar beberapa keping gambar di ladang anggur tersebut untuk tatapan kita semua.






















Majunya sektor pertanian di Thailand.
Terpesona kita melihatnya.

Salam bertani.

Rabu, 26 Oktober 2016

Isnin, 24 Oktober 2016

So Godog.

Salam bertani.

Pernah dengar orang sebut tajuk tu?
Pernah makan so godog?
Ni WP nak cerita tentang so godog.

So godog ni kalau ditranslate bermakna 'buah belinjau rebus'.
Sekarang ni tengah musim buah belinjau di kebun WP.  Mana-mana pokok belinjau betina sedang berbuah matang berbanding pokok belinjau jantan yang tidak mengeluarkan buah. Selain direbus, buah belinjau boleh juga dibuat emping dan kerepek. Manakala pucuk muda daun belinjau boleh dijadikan sayuran.


Buah belinjau segar yang baru dituai.
Saiznya sebesar hujung jari kelingking.


Buah belinjau yang telah direbus.
Perlu direbus dalam masa yang lama menggunakan api yang kecil sahaja.
Belum pernah guna periuk Noxxa.



Inilah rupa 'so godog'


Buah belinjau (so) mengandungi 3 lapisan kulit.
Pertama kulit luar yang lembut.
Kedua kulit cengkerang yang keras.
Ketiga kulit selaput isi.


Inilah isi so godog yang sangat enak dimakan.
Isinya tak akan empuk walaupun direbus lama.
Rasanya sedikit pahit, lemak, lembut dan kenyal.


Putik buah belinjau. Pokok belinjau tidak berbunga sebaliknya
akan mengeluarkan putik buah. Putik buah pokok belinjau betina
sahaja yang akan menghasilkan buah matang manakala putik buah pokok
belinjau jantan akan gugur semuanya.


Putik belinjau membentuk buah.


Buah belinjau muda berwarna hijau. Boleh dijadikan sayuran
dimasak bersama pucuk daunnya.


Buah belinjau mula matang berwarna kuning.
Sudah sesuai dituai dan digodog.


Buah belinjau matang berwarna merah.
Pada masa ini kulit cengkerangnya sudah keras dan memerlukan masa 
yang lama untuk digodog.


Pucuk belinjau yang sesuai dijadikan sayuran.
Enak dimasak tumis air campur dengan tempe.

Salam bertani.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Buah Kerdas.

Salam bertani.

Kebiasaannya pada setiap pagi Jumaat, WP dan puan isteri akan pergi ke pasar minggu di pekan untuk membeli barang-barang keperluan harian dan juga ikan kucing. Semasa singgah di sebuah gerai menjual sayur-sayuran kampung, WP terpandang buah kerdas. Harganya RM13.00 sekg.

Buah kerdas ini telah mengimbau kenangan lama WP semasa muda bekerja mencari buah kerdas di dalam hutan apabila tiba musimnya. Pokok kerdas sebenarnya  adalah pokok saka liar di dalam hutan yang bersaiz besar dan rendang dan berbuah sangat lebat apabila tiba musimnya. Harga buah kerdas pada masa itu hanyalah 30 sen sekati.

Bagi masyarakat kita, buah kerdas adalah makanan herba yang dijadikan ulaman seperti petai dan jering. Tidak seperti jering, isi buah kerdas agak lembut walau pun sudah tua dan matang. Selain dijadikan ulaman, buah kerdas juga boleh dimasak sambal atau dibuat jeruk. Pucuk daun pokok kerdas juga ada yang memakannya sebagai ulaman.

Generasi sekarang kurang mengenali buah kerdas (genuaq kata orang utara) kerana ianya hampir pupus dan jarang ditanam untuk komersial kerana ia lambat berbuah. Memakan buah kerdas juga akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada mulut dan urin kita. Buah kerdas matang tidak boleh dimakan mentah terlalu banyak sekali gus kerana ia mengandungi bahan kapur yang boleh menyekat saluran kencing dan akan menyebabkan pemakannya sukar membuang air kecil.



Inilah rupa buah kerdas yang masih ada kulitnya.


Sebiji buah kerdas yang telah dibuka.


Buah kerdas mengandungi isi yang berpangsa-pangsa dan diselaputi
kulit nipis yang berwarna putih dan keperangan.

Buah kerdas mengandungi nilai herba yang boleh membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing dan dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Ia juga dikaitkan dengan awet muda. Yang pentingnya amalan memakan buah kerdas sebagai ulaman dengan nasi panas menjadi pembuka selera semasa kita menghadapi hidangan.

Salam bertani.

Khamis, 20 Oktober 2016

Ubi Rebus

Salam bertani.

Sebelum pulang dari kebun pada tengah hari tadi, WP menuai sepohon ubi indon untuk dijadikan menu minum petang. Jadi petang ini minum petang dengan ubi rebus dan sambal tumis ikan bilis bersama teh panas.



Ubi rebus dan sambal tumis ikan bils.


Ubi indon sangat empuk, kenyal dan lembut apabila direbus.


Sambal tumis ikan bilis.


Pokok ubi indon di kebun WP.


Sebahagian buah ubi indon yang dituai.

Sesekali makan ubi rebus bercicahkan sambal tumis ikan bilis sedap juga.
Jom makan.

Salam bertani.

Rabu, 19 Oktober 2016