Rabu, 7 Oktober 2026

Sungai Pun Boleh Hilang

 Salam bertani

Wak nak tunjukkan keadaan terkini sungai tempat wak menternak lembu di kawasan rezabnya.  Sungai ini terdapat empangan buatan di hulunya dan terdapat rumah pam di hilirnya yang membekalkan air paip kepada penduduk di persekitaran sini. Jom ronda


Beginilah keadaan permukaan sungai yang sudah
tidak kelihatan airnya.


Permukaan sungai telah dilitupi tumbuhan rumpair sepenuhnya


Sungai pun boleh hilang.


Si Petai dan ibunya di seberang sungai.


Laluan wak merentas sungai untuk ke seberang.


Yang ini masih kelihatan airnya tetapi hampir juga tertutup.
Bagaimanalah kalau tiba musim tengkujuh nanti.


si Apis juga berada di seberang sungai yang hilang.


Inilah sungai yang menanti kehadiran wak setiap hari
sebelum kehilangan identitinya.
Salam bertani.

51 ulasan:

  1. Alamak... dah tertutup habis. Harap lembu wak tak turun kot lah dia nak ragut rumput sungai. Takut terjerumus masuk.

    BalasPadam
  2. Memang tertanya-tanya juga bagaimana keadaan sungai ni bila musim tengkujuh nanti.

    BalasPadam
  3. Macamana nak buat tu Wak? Tak tersumbat ke aliran sungai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutnya pihak berwajib kenalah buat kerja2 penyelenggaraan sungai

      Padam
  4. Bahaya tu kalau trtutup habis. Kena panggil jengkaut tu utk bersihkan.

    BalasPadam
  5. Lumrah kehidupan tak ada yang kekal. Sungai pun boleh hilang. Ini kan pulak manusia. Eh! ada kaitan ke? ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungainya masih ada, cuma seolah2 tidak kelihatan.

      Padam
  6. subur betul rumpair, sampai ghaib aliran sungai.. bayangkan jika musim tengkujuh..

    BalasPadam
  7. kalau orang tak biasa tu mau kejebur dalam parit tu wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulunya ramai aje orang mancing dan njala kat sungai ni.
      Sekarang dah tak boleh lagi.

      Padam
  8. rumpaiair subur sangat sampai tutup habis sungai ya

    BalasPadam
  9. musim hujan dah mula rumpaiair hanyut sungai xhilang lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang mereka tunggu.
      Jimat kos selenggara sungai.

      Padam
  10. Kenyang lah lembu wak stok makanan banyak..

    BalasPadam
  11. Rumput subur menjadi santapan lembu peliharaan wak..berjalan jalan pasti sihat berpelu wak..

    BalasPadam
  12. Menarik tu wak...dua alam...hihihi
    Wak..saya perhatikan tumbuhan yang mengubah landskap sungai tu macam sejenis sayuran yang selalu nampak dalam youtube dari seberang..Cuba google "sayur gunda"..macam sama jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayur gunda tu lain walau pun nampak daunnya macam sama tetapi bunganya berbeza. Ramai aje orang Indon kat sini tetapi mereka tak ambil daun rumput ni. Lembu pun tak mau makan rumpair ni.

      Padam
  13. harap Jabatan Parit dan Saliran akan mendalamkan sungai ini supya ia kembali kpd fitrah asalnya. Jika tidak nanti banjir besar akan melanda kawasan sekitarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. JPS (Jabatan pengairan dan saliran) punya tugas ni

      Padam
  14. Airnya kering atau atas je tertutup dgn rumpair? Risau jga air kat bawah takut terjatuh tak perasan air

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumpair tu hidup diatas air. Air sungai tu lebih kurang semeter lebih dalamnya dan masih mengalir ke bawah.

      Padam
  15. Kalau musim hujan boleh banjir ni. Harapnya ada kerja-kerja pembersihan sungai sebelum tiba musim hujan.

    BalasPadam
  16. Kalau orang yang tak tahu, dikira itu tanah berumput, pas pijak terjerumus langsung lah ya Wak 😵‍💫.. ngeri juga. Tapi seberapa dalamnya Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang satu meter dalamnya jika waktu kemarau seperti sekarang.
      Kalau musim hujan airnya akan naik juga.
      Ada laluan wak nyeberang sungai ni setiap hari untuk mengalihkan lembu2 di seberang.

      Padam
  17. bahaya tu kalau orang tak tahu bole terjatuh dalam sungai tu..

    hensem si apis. dah besar dah dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apis tu makin besar semakin degil
      Wak ingat nak pelihara sampai raya haji ni aje.

      Padam
  18. Mudah-mudahan tiadalah sang bedal sembunyi di situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada sang bedal, wak yang akan jadi mangsanya dulu sebab wak nyemplung sungai ni setiap hari

      Padam
  19. Bahaya juga tu tak nampak sungai. Dari jauh nampak macam kangkung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak pokok kangkung air di atas sungai tu.
      Kadang2 wak ambil juga buat sayur.

      Padam
  20. Suburnya rumput dalam sungai yang kering itu..

    BalasPadam
  21. Dah tertutup macam tu, dalam tak airnya Wak?

    BalasPadam
  22. Kalau yang tak tau ianya sungai, bahaya juga tu

    BalasPadam
  23. Betul ke Wak, orang kata rumpair tu boleh makan? tapi kalau sampai dah tak nampak sungai tu, bahaya juga.. buatnya kucing ke anjing ke binatang lain ke jalan situ, terhumban dalam sungai kannnn...bahaya pada manusia lagilah.. hbs tu camne tu Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutnya pihak berwajib dah selenggara sungai ni.
      Rumpair daun lebar tu tak boleh makan.
      Kalau pokok kangkung bolehlah. (pokok kangkung air pun banyak tu)

      Padam
  24. Macamana boleh rumpair tu membiak sampai menutup sungai tu ye Wak? Beza sungguh gambar sebelum dan selepas ditutup rumpair tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumpair ni macam pelampung, ada udara di dalam batangnya menyebabkan dia terapung, menjalar di atas air.

      Padam
  25. Dalam ke sungai ni Wak?. Mesti banyak hidupan dalam sungai ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau air besar memang dalam.
      Wak pun tak lepas untuk menyeberang
      Ikan, udang adalah dalam sungai ni.

      Padam
  26. Bahaya jugak kalau budak2 main kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 kampung pun dah tak main sungai ankel
      Mereka main gajet

      Padam
  27. Bahaya juga kalau sungai ditutupi rumput begitu. Silap pijak jerlus kebawah.

    BalasPadam
  28. Sungai dalam x wak? Kalau mendatangkan bahaya kena buat laporan tu..

    BalasPadam
  29. bahaya pada mereka yg tidak tahu tentang kawasan tu,
    jadi biasa pada mereka yg biasa dgn suasana di situ.

    BalasPadam
  30. Ingatkan hilang sebab jerebu. Dalam sungai tu daun kesum ke?

    BalasPadam