Khamis, 2 Julai 2026

Otto Tinggal Kenangan

 Salam bertani

Budak janthan tak guna si Otto kesayangan pn is3 wak sudah tiada. Sudah lebih seminggu si Otto hilang tak balik ke rumah. Walau pun si Otto ni kucing kampung, tetapi dia tiada kawasan rayauan dan jarang berjalan jauh daripada rumah. Nak dijadikan cerita, suatu pagi tu si Otto keluar pagar rumah, dan tak kembali seperti biasa untuk makan tengah hari. Sehinggalah hari ini si Otto tidak pulang-pulang walau pun sudah puas kami mencarinya. Kemungkinan ia diambil orang, atau kemalangan atau dibaham binatang liar. Kami pasrah dan menganggap si Otto Onchet sudah tiada lagi.

Wak terbitkan entri ini untuk rujukan gambar-gambar Otto daripada mula ia datang sehinggalah ketiadaannya sebagai kenangan menunjukkan ia pernah hidup bahagia bersama-sama kami.



Gambar pertama Otto selepas kehadirannya pada 05.09.2020


Selepas beberapa bulan keberadaannya,
Si Otto semakin berisi dan montel.
29.12.2020


04.07.2021
Otto ni sangat rapat dengan kami sebab cuma dia aje
yang berani buat bilik bibik macam bilik dia sendiri.



Bersama adik kesayangan Siti Nor Elsa Sara A'syah.
17.10.2021


Menggayakan cermin mata baharu.
03.05.2022


Memakai kostum raya salah saiz.
20.03.2024


Wak mula panggil Otto Onchet sebab perutnya yang gendurt.
06.01.2025



Gaya berfoto yang tak boleh ditandingi.
15.01.2025.


Bersama adik baharu si OJ
13.05.2025


Entri terakhir Otto "Masuk Bakul Terlentang Sendiri"
24.11.2025


Hanya ini satu-satunya gambar Otto pada 2026.
Tidur kontrol aircond, kontrol kipas.
24.02.2026

Salam bertani.





















16 ulasan:

  1. Ya Allah, dada rasa nak pecah. Hanya mereka yg pernah memiliki kucing jer yg faham rasa kehilangan lebih² lagi bila hilang tak balik macam ni, Wak. Semoga isteri Wak tabah.

    BalasPadam
  2. Sedihnya baca entri ni... Hanya mereka yang pernah bela dan sayang kucing je tahu betapa luluh dan peritnya rasa hati bila si bulus kesayangan hilang tanpa khabar macam ni. Semoga Wak dan isteri tabah hadapi kehilangan Otto. Sekurang-kurangnya semua gambar dalam entri ni jadi bukti kenangan indah yang Otto pernah hidup bahagia dan disayangi sepenuhnya oleh Wak sekeluarga

    BalasPadam
  3. Moga tabah buat semua terutama isteri Wak. Otto akan sentiasa dikenang.

    BalasPadam
  4. sedihnya wak....harap2 Otto akan balik nanti,risau ada yang kurung dia

    BalasPadam
  5. otto, disana nanti sebutlah segala kebaikan yang wak dan isterinya dah buat pada kamu ye

    BalasPadam
  6. Maksudnya dia tak tentu dah mati lah kan wak? mana lah tahu kot-kot nanti dia balik. Sedih la pulak, otta jantan tak guna pemikat hati puan isteri lari dari rumah.

    BalasPadam
  7. AllahuAkbar…sedihnya terasa sampai sini Wak 😭
    Kalau masih hidup, moga Otto segera kembali.

    Moga Wak dan isteri tabah ya walau memang tak mudah.

    BalasPadam
  8. sedihnyaaaaa....handsomenya otto...muka dan coraknya sangat rare

    BalasPadam
  9. otto berjalan jauh tu moga selamat perjalanannya n ingat jalan pulang ke rumah..biasanya kucing ingat rumah tuannya

    BalasPadam
  10. Moga otto pulang ke pangkuan wak dan Isteri...

    BalasPadam
  11. Sedihnya :(
    Semoga Otto kembali ke pangkuan Wak 🤲🏻

    BalasPadam
  12. Semoga otto selamat & kembali ke rumah wak.

    BalasPadam
  13. Otto yang pasti akan sentiasa dirindui...

    BalasPadam
  14. 😭Allahuakbar
    Kehilangan yg tiba tiba yg tidak tahu punca kadang2 buat kita sedihh sgt penah dulu hilang si tiger tiba tibaa …
    Buat kita tertanya tanya mSih ada atau sudah tiada. Sentiasa menanti kepulangannya
    Bykk jga kehilangan mcm ni berlaku pd kucing2 ciknur
    Keluar dan tak kembali
    Dlm hati tetap mengharap dpt bertemu kan dan nk sedapkan hati sendiri tu fikir tentu ada yg menjaganya skrg dgn sgttt baik
    Allah pinjamkan sekejap dan Allah mengambilnya semula……

    BalasPadam
  15. Otto tu, ke mana lah dia kan? Gebu bersih, cantik bila berkaca mata..

    BalasPadam