Khamis, 2 Julai 2026

Otto Tinggal Kenangan

 Salam bertani

Budak janthan tak guna si Otto kesayangan pn is3 wak sudah tiada. Sudah lebih seminggu si Otto hilang tak balik ke rumah. Walau pun si Otto ni kucing kampung, tetapi dia tiada kawasan rayauan dan jarang berjalan jauh daripada rumah. Nak dijadikan cerita, suatu pagi tu si Otto keluar pagar rumah, dan tak kembali seperti biasa untuk makan tengah hari. Sehinggalah hari ini si Otto tidak pulang-pulang walau pun sudah puas kami mencarinya. Kemungkinan ia diambil orang, atau kemalangan atau dibaham binatang liar. Kami pasrah dan menganggap si Otto Onchet sudah tiada lagi.

Wak terbitkan entri ini untuk rujukan gambar-gambar Otto daripada mula ia datang sehinggalah ketiadaannya sebagai kenangan menunjukkan ia pernah hidup bahagia bersama-sama kami.



Gambar pertama Otto selepas kehadirannya pada 05.09.2020


Selepas beberapa bulan keberadaannya,
Si Otto semakin berisi dan montel.
29.12.2020


04.07.2021
Otto ni sangat rapat dengan kami sebab cuma dia aje
yang berani buat bilik bibik macam bilik dia sendiri.



Bersama adik kesayangan Siti Nor Elsa Sara A'syah.
17.10.2021


Menggayakan cermin mata baharu.
03.05.2022


Memakai kostum raya salah saiz.
20.03.2024


Wak mula panggil Otto Onchet sebab perutnya yang gendurt.
06.01.2025



Gaya berfoto yang tak boleh ditandingi.
15.01.2025.


Bersama adik baharu si OJ
13.05.2025


Entri terakhir Otto "Masuk Bakul Terlentang Sendiri"
24.11.2025


Hanya ini satu-satunya gambar Otto pada 2026.
Tidur kontrol aircond, kontrol kipas.
24.02.2026

Salam bertani.