Ahad, 14 Jun 2026

Durian Duri Hitam

Salam bertani

Beberapa pokok durian premium yang wak tanam di dusun WP semasa zaman PKP dulu sudah mula berbuah pada musim kali ini. Wak nak tunjuk beberapa pokok durian duri hitam yang berbuah kali pertama dan sudah ada yang mula gugur. Alhamdulillah.











Buah durian duri hitam mengambil sempena
 duri hitam yang ada kat bontot buah tu.


Mula gugur


Cucu bongsu wak ni kecik2 dah puas makan 
buah durian duri hitam.
Wak ni dah tua purba baru dapat merasa
 itu pun terpaksa tanam sendiri.

Salam bertani.

40 ulasan:

  1. Unik betul bentuk durian Duri Hitam ni. 6 tahun baru dapat makan hasilnya ye wak. Berbaloi tunggu. Buahnya pun banyak.

    BalasPadam
  2. Rezeki musim durian
    Alhamdulillah
    Seronok tgk 6 thn dah dpt hasilnya
    Apa rahsia wak
    Mesti dijaga rapi kan pokok2 durian ni

    BalasPadam
  3. Tinggi juga pokok durian ni ye. Tanam sendiri puas makan ye Wak. Isi pun kuning pekat.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tiba masa utk menikmati hasil usaha. Untung betul cucu tu :)

    BalasPadam
  5. wah bestnya cucu wak. Duriannya nampak cantik kuning berlemak. Mesti sedap ni wak almaklum durian perimium.

    BalasPadam
  6. terliurnya tgk fresh durian dari ladang ni...wak tak de buat jual2/mkn2 kat ladang tu ker...teringin laaa...errr ladang durian wak ni kat negeri mana yer...selangor ker

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. br semalam en suami cakap nk beli durian tp sy xnak sbb dia batuk, tp wak lg best mkn durian y g tanam sendiri

    BalasPadam
  8. Wahh, duri hitam ni sedap, kan. Untungnya cucu wak, kecik2 dah dapat makan durian duri hitam. Bergayut2 buahnya tu, mehlah jual kat sy wak.

    BalasPadam
  9. Pokok durian yang saya tanam masa PKP terus berPKP agaknya. Bantut aje pokoknya.

    BalasPadam
  10. wah.. cepat pokoknya berbuah wak.. banyak pula tu...
    seronok la cucu tu, dapat merasa durian kecik2 lagi..

    BalasPadam
  11. Premium gold color kan wak durian ni...

    BalasPadam
  12. Durian kat kampung pokcik tak mula gugur lagi..

    BalasPadam
  13. Kucing-kucing wak ada yang makan durian tak? mana tahu kan bibiknya tokey durian

    BalasPadam
  14. Bestnyaa wak ada kenun sendiri.. puas cucu Wak makan.. nak jadi cucu Wak boleh tak? Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh jadi tanpa nama plak komen Saya hahahah

      Padam
  15. Untunglah. Yang ruginya saya ni dapat tengok gambar je. Erm....

    BalasPadam
  16. Sedapnya rezeki cucu dapat makan durian free je kat dusun atok.

    BalasPadam
  17. Lebat sekali, anugerahNya , alhamdulillah..hasil tuaian lumayan wak..

    BalasPadam
  18. cepat juga berhasil ye Wak, rezeki cucu wak sungguh :)

    BalasPadam
  19. Cantik isi durian, kuning. Saya tak pernah makan durian duri hitam ni, Wak. Suka cucu Wak, dapat makan. 😊

    BalasPadam
  20. Wah dahsyat wah tanam pkp skrg dah berbuah..sy yg tanam wkt hampir sama asyik bersulam pokok saja..

    BalasPadam
  21. Semoga pokok durian sentiasa membuahkan hasil yang berlipatganda.
    Salam Awal Muharram 1448H.

    BalasPadam
  22. alhamdulillah dah berbuah dan mula dapat hasilnya.. kata orang duri hitam paling sedap wallahua`lam

    BalasPadam
  23. Pejam celik pejam celik dah berhasil tanaman PKP....Alhamdulillah....
    Rezeki cucu kecik² dah merasa durian premium!

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah. Sudah dapat makan hasilnya. Lebat tul buahnya. Enjoy!

    BalasPadam
  25. MasyaAllah tabarakallah, lebatnya buah. Kalau la ada rezeki rasa nak gi ziarah umah wak.

    BalasPadam
  26. Artikelnya menarik dan informatif, apalagi pembahasan tentang durian duri hitam yang jarang dibahas detail. Jadi makin paham soal kualitas dan hasil panennya. Semoga ke depan bisa ditambah cerita perkembangan pohonnya juga.

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah, rezeki Wak! Berbaloi betul berbudi pada tanah masa zaman PKP dulu. Pejam celik dah 6 tahun, sekarang dah dapat tuai hasil durian premium. Seronok tengok cucu Wak dapat makan fresh dari kebun!

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah food security yang sangat awesome. Cantik isi duriannya. Kuning sungguh. Pasti sedap banget

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah. Meriah hasil tanaman Wak tu. Sedapnya durian duri hitam. Kita selalu panggil black thorn aje hihi

    BalasPadam
  30. Wahh banyak sekali duriannya. Sudah musim durian rupanya.
    Wak, saya Avi, salam kenal dari Indonesia.

    BalasPadam
  31. Salam Wak.. Wak sihat ke tu, lama tak update kabar berita..
    Ke tengah kutip durian Wak.. bolehlah Saya ke kebun tolong kutip heheheh

    BalasPadam
  32. Ya Allah Wak , macam nak terbang langsung ke kampung Wak lah 😄😄😍. Wak mungkin dah bosan yaaa makan durian premium, di kebun sendiri ada banyak. ❤️❤️. Saya suka Blackthorne ini. Dah lamaaa makannya, saat di Penang

    BalasPadam
  33. Wak... Jual ke? Nampak menggoda betul isi dia..

    BalasPadam
  34. MZ singgah BW..kebetulan last nite MZ mkn durian laaa..2nd time utk musim durian jatuh rege ni...mkn musang king tp rege yg ala2 rahmah, mr hubby beli dpt rege RM12 sekilo! so MZ mkn 3 ulas laaa last nite

    BalasPadam