Rabu, 20 Mei 2026

Rabu, 13 Mei 2026

Musim Buah Kuini

 Salam bertani

Ada dua pokok kuini kampung di dusun WP yang sedang berbuah dan sudah mula meluruhkan buah matangnya. Sebahagian buah-buah kuini telah dijatuhkan oleh monyet tetapi masih ada rezeki wak memanen buah yang matang. Jom kongsi nenguk


Kutipan buah kuini matang yang gugur pada pagi ini.


Buah kuini di atas pokok.


Buah yang matang hampir kekuningan dan akan gugur sendiri.


Alhamdulillah, meriah musim kali ini.


Buah kuini yang dirosakkan dan dijatuhkan oleh monyet.


Buah kuini yang belum matang (mangsa monyet) 
dikupas kulitnya untuk dibuat jeruk kuini.


Pn is3 buat jeruk kuini dan jus buah kuini simpan dalam esbok


Sekerim buah kuini pun dia buat juga.

Salam bertani.

Rabu, 6 Mei 2026

Tuai Buah Nangkadak

 Salam bertani

Ada dua pohon nangkadak yang wak tanam di dusun WP. Kedua-duanya sudah berbuah beberapa kali. Pokok nangkadak adalah buahan tidak bermusim seperti nangka walau pun buahnya lebih mirip rasa cempedak. Jom nenguk


Putik buah pokok pertama.


Putik buah pokok kedua


Buah nangkadak perlu dibalut untuk mengelakkan kerosakan.


Buah nangkadak matang sudah boleh dituai.


Setangkai dua biji


Buahnya besar mirip buah nangka


Tuaian buah nangkadak matang.


Isi buah nangkadak mirip isi cempedak.


Pn is3 goreng isi buah nangkadak untuk kudapan
jemaah surau selepas program yasinan.

Salam bertani.