Jumaat, 3 Oktober 2025

Salam Oktober

 Salam bertani

Alhamdulillah, menginjak oktober ini bermulalah luruhnya buah durian luar musim (musim kedua pada tahun ini). Buah durian luar musim kali ini ada tiga fasa bermakna musim buah durian yang panjang sehingga awal tahun depan. Cuma kali ini cabarannya sangat menguji apabila dusun WP beberapa kali dikunjungi gerombolan perosak monyet liar.


Luruhan pada pagi ini.
5 biji durian susu dan dua biji durian mk


Buah durian kim hong ini akan gugur sebulan lagi.
Buahnya sangat lebat tetapi banyak yang sudah dijatuhkan oleh monyet liar.


Durian duri hitam ini baru berbuah sulung.
Hanya setangkai dan lekat tiga biji.


Putik buah durian ioi
Dijangka matang pada akhir tahun


Pokok durian duri hitam ini sedang berbunga.
Jika ada rezeki, bulan januari 2026 nanti baru gugur.


Pokok cempedak juga sedang berputik.
Panennya dijangka pada bulan disember.


Putik buah rambutan pusaka ini akan menyala pada bulan disember nanti.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Semoga hasil tuaian terus berlipatganda.

    BalasPadam
  2. Lebat lah nanti rambutan tu. Rezeki.

    BalasPadam
  3. Ada cara tak wak agar monyet liar tu tak datang.. geram pulak nengok buah² yang belum matang dijatuhkannya.

    BalasPadam
  4. Aduhai lebat buanya wak..rezeki yang tak putus putus..alhamdulillah turut bersyukur..

    BalasPadam
  5. wah, meriahnya wak... tapi tu la.. harap ada hasilnya nanti jika tak diganggu makhluk perosak..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ...seronok tengok hasil kebunnya

    BalasPadam
  7. Bolehlah berkunjung ke dusun Wak :D

    BalasPadam
  8. Bukan tragedi oktober ni..... Rezeki oktober

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah meriah hasil tanaman semua tu.

    BalasPadam
  10. salam oktober wak. bestnya dpt rezeki durian tu...mahal regenya sekrg sbb nampak tak byk mana pun durian yg dijual tu...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. tumpang seronok melihat pokok-pokok yang berbuah :)

    BalasPadam
  12. alhamdulillah rezeki buah2an melimpah berkongsi dgn monyet pula pesan pada mereka makanlah jgn lupa tinggalkan bhgian tuannya

    BalasPadam
  13. Banyaknya wakkk.. patutlah 2 - 3 hari ni sy nampak orang jual durian dah muncul balik.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...tumpang seronok tengok hasil usaha Wak menjadi. Banyak durian premium tu.

    Moga segera berakhir masalah serangan monyet.

    BalasPadam
  15. bestnyaa, banyak durian! semoga duriannya dilindungi oleh monyet liar

    BalasPadam
  16. wahhh banyak buah durian, mcm2 ada. bila ckp ttg monyet teringat bapa kwn, cmni lah dusun kena kacau, dia tgkp sekor monyet pastu dia warna bulunya, bertepiaran lari. pastu jrg juga monyet dtg dusun dia

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah banyaknya rezeki durian. Moga terus subur.

    BalasPadam
  18. Banyak buahnya tu, Wak. Semoga selamat semuanya dari gangguan cik nyet.

    BalasPadam
  19. Kiranya awal Januari nanti memang "pesta" buah-buahan la kan? Bestnya.

    BalasPadam
  20. Semuga dapat rasa semua buahnya. Bila cik nyet dah tahu port makanan dia emmm memang dia akan datang lagi tu wak. Adik saya beli mercun roket bila nampak dia hah mercun hala kat gerombolan dia tapi cuma sekejap je bila orang tak ada dia datang satu kampung. Pasrah je lah kami

    BalasPadam
  21. byk berbuah tu..sronok hasil tuaian

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah.. Meriah buahnya.. Masalah juga bila diganggu monyet ya.. Belum masak sudah digugrkan..

    BalasPadam
  23. moga dpt merasa hasilnya semua tu wak

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah rezeki durian di luar musim...semoga dapat merasa hasilnya...

    BalasPadam
  25. Uwaaaah saya rasa macam tak sabar juga mau lihat hasilnya nanti 😍😍😍😍. Aiiish monyet2 ini bisa membuka durian yaaa. Tajam begitu.

    BalasPadam
  26. Monyet ni la kenapa nakal sangat tu?. Moga ada rezeki wak menikmati hasil buah-buahan ni.

    BalasPadam
  27. wah durian october dah mula luruh. alhamdulillah.

    cempedak tu meriah buahnya

    BalasPadam
  28. Seronok betul nampak buah2 yg bergantungan tu

    BalasPadam