Khamis, 9 Oktober 2025

Pokok Pisang Boyan

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok pisang boyan di sekeliling rumah. Kesemua pokok pisang boyan ini sudah berbuah dan ada yang sudah dituai. Ada orang yang memanggil pisang  boyan ini sebagai pisang empat puluh hari tetapi ianya bukanlah pisang lemak manis. Pisang lemak manis adalah spesis yang berbeza.

Jom nenguk


Induk pisang boyan sudah berbuah.
 

Pokoknya perlu disangga untuk mengelakkan tumbang.


Buahnya boleh mencecah 20 kg.


Sudah hampir matang.


Setandan buah pisang boyan yang dituai.


Buah pisang boyan yang sudah masak selepas diperam.
Sesuai dijadikan pencuci mulut, 
 dibuat cekodok/lempeng atau kek.


Generasi ke-dua sudah mengeluarkan jantung.
Induknya baharu sahaja ditebang.
Anak pokok yang lain bolehlah diubah atau dibuang untuk mengelakkan persaingan.

Salam bertani.

31 ulasan:

  1. tak pernah dgr nama pisang boyan tu...saya kurang ariff nama2 pisang hehehh my mom tahu lah semua pisang2 ni sbb dia suka tanam2 jugak tepi rumah

    BalasPadam
  2. wahh berat jugak kalau boleh mencecah hingga 20kg.
    cantik hasilnya wak!

    BalasPadam
  3. tempat saya dipanggil pisang 40 hari..

    BalasPadam
  4. Oh, baru tahu pisang 40 hari dengan pisang lemak manis, lain² pisang. Baru tahu jugak pisang 40 hari ni ada nama lain iaitu boyan.

    BalasPadam
  5. Tak pernah dengar nama pisangnya.. tapi betullah nampak buahnya seperti pisang lemak manis wak..

    BalasPadam
  6. Kadang-kadang masih tak boleh bezakan pisang lemak manis dengan pisang 40 hari. Datang pulak pisang boyan....adeehhhh!

    BalasPadam
  7. Ooo..inilah pokok pisang 40 hari...masa rumah lama kami dulu memang ada tanam kat belakang rumah...pisang ni sedap makan...

    BalasPadam
  8. Allahuakbar...Elok masaknya..Cantik sungguh kejadiannya =)

    BalasPadam
  9. Saya kenal pisang berangan je, Wak. Cantik kejadian pisang boyan. Tengok gambor pisang Wak, rasa macam nak cari pisang pula, buat cokodok. 😁

    BalasPadam
  10. Oh...saya salah semlama ni kerana sangkakan pisang ni sama dengan lemak manis..TQ infonya wak..

    BalasPadam
  11. Tak pernah dengar nama pisang boyan la wak... bentuknya kecik2 mcm pisang lemak manis ya. Pisang 40 hari tak sama ke?

    BalasPadam
  12. pokoknya kecik saja buahnya berat patutlah kena sangga

    BalasPadam
  13. Macam pisang emas kecik2. Tak kena sangat pisang. Pisang berangan dan nangka je kenal.

    BalasPadam
  14. Rezeki dapat makan pisang tanam sendiri.

    BalasPadam
  15. Sekali pandang macam pisang lemak manis, tapi bukan ye...
    Pisang saiz begini makan begitu pun sedap

    BalasPadam
  16. Cukup sempurna buah pisang setandan ini..berkilat, masak sangat cantik..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah wak, saya turutb gembira..dapat lah memberikan kepada ahli keluarga ..saham akhirat

    BalasPadam
  18. Cantik hasil pisang tanaman Wak. Berat 20kg, patutlah perlu disangga.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah elok cantik hasilnya Wak

    BalasPadam
  20. Sedaaaap pisang ini Wak 😍😍😍😍. Lihat pohon pisang, saya langsung ingat batangnya suka dijadikan makanan gajah , Krn berair dan banyak serat buat mereka

    BalasPadam
  21. Unik pulak nama pisang ni. Tak pernah dengar pisang ni tapi kalau orang boyan pernah dengar.

    BalasPadam
  22. Tudia aih berat setandan sampai mencecah 20kg ka, dah macam berat beg luggage nak travel pi obersea πŸ˜†

    BalasPadam
  23. Singah lagi, nak kawan dengan wak..semoga ceria hujung minggu ini ya..

    BalasPadam
  24. dulu masa duduk kampung mak banyak tanam pisang boyan ni. zaman ni susah nak dengar orang sebut nama pisang boyan, hehe

    BalasPadam
  25. Kalau saya tengok ingatkan pisang lemak manis. Rupanya spesis lain.

    BalasPadam
  26. Sebagai org yg cuma kenal rupa pisang tanduk je, ini 1st time dgr pisang boyan. Pisang 40 hari tu penahlah juga dgr tp tak cam rupanya

    BalasPadam
  27. Ayah kita pun tanam pisang. Macam-macam. Tapi tulah, anaknya tak pandai beza pun pisang-pisang ni.

    BalasPadam