Salam bertani
Kali ini wak nak tunjuk beberapa pokok cempedak di dusun WP yang sedang berputik. Ada pokok yang sudah beberapa minggu berputik dan ada juga yang baru nak keluar putiknya. Nampaknya musim buah akan datang agak panjang kerana kebanyakkan pokok buah-buahan mengeluarkan bunga/putik berperingkat-peringkat. Ada lebih sepuluh pokok semuanya berbuah.
Untuk dapatkan buah yang besar dan berkualiti,
perlu tinggalkan satu buah aje setangkai
Mungkin tak larat wak nak balut putik cempedak ni.
Mengeluarkan putik di batang utama.
CH 28.
Bulan Ogos agaknya baru boleh panen.
Berputik di perdu pokok.
Pokok tua yang sudah tumbang ini juga mengeluarkan buah yang banyak.
Ada yang besar, ada yang masih kecil.
Putik buah yang keluar di hujung dahan ini adalah putik jantan.
Akan gugur dan tidak menjadi buah
Sebahagian daripada pokok cempedak yang sedang berbuah.