Rabu, 23 Oktober 2024

WW 575 : Pantun Nangkadak

 Salam bertani


Buah Nangkadak Kemas Berjajar,
Masak Semua Sebaris Di Tanah;
Masa Budak Malas Belajar,
Menginjak Tua Mengais Tak Sudah.


Buah 1


Buah 2


Buah 3


Buah 4
Salam bertani.

Isnin, 21 Oktober 2024

Dah Dapat Adik

 Salam bertani

Anak-anak itik serati sulung lapan ekor yang wak bela dah besar panjang semuanya. Lima ekor jantan dan tiga ekor betina. Ibunya dah  mengeram kali kedua dan menetas sepuluh ekor anak itik. Jom nenguk


Bapa, ibu dan lapan ekor anak.
Kelihatan juga empat ekor ayam mutiara.


Kesemua anaknya berwarna putih.


Bapa dan emak itik serati.


Anak-anak kali kedua sepuluh ekor semuanya.
Wak  pisahkan daripada ibunya seminggu selepas menetas.


Kali ni ada pelbagai corak warna.
Tiga ekor warna hitam putih seperti induknya.
Lima ekor warna putih kelabu.
Dua ekor warna putih.



Salam bertani.

Rabu, 16 Oktober 2024

Isnin, 14 Oktober 2024

Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 6

 Salam bertani

Dah lama budak bertuah seketul ni tak buat  hal. Hari ni dia start balik, Jom nengok.


Dia boleh lepak kat atas rak permainan block anak wak tu.
Satu set permaianan block kat atas tu dah dijatuhkannya.
Anak wak balik nanti menangislah.
Yang pintu terbuka tu bilik Kent dengan Ottolah tu.


Dia boleh pandang aje hasil kerja dia yang bertaburan kat bawah tu.


Pn is3 wak jugalah yang kena ngemas ni.


Ada aku kisah.
Ni port baru aku.
Salam bertani.

Rabu, 9 Oktober 2024

WW 573 : Lembut Jari Daripada Lidah

 Salam bertani

Wak nak share whatsapp daripada anak wak yang sekolah kat Melaka tu. Jom baca


Salam bertani.



Ahad, 6 Oktober 2024

Padang Ragut Banjir

 Salam bertani

Hari ini hujan turun berpanjangan daripada pukul tiga pagi hinggalah pukul sepuluh pagi menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air. Kawasan benteng sungai tempat wak menternak lembu sebahagiannya juga dinaiki air. Air sungai melimpah ke tebing akibat hujan berpanjangan tersebut. Pada petang ini paras air masih meningkat walaupun hujan telah reda kerana pihak JPS melepaskan air empangan di hulu sana. Jom tenguk


Air sungai meningkat mendadak melepasi tebing


Sebahagian lembu-lembu di seberang sungai sana


Air masih meningkat walau pun cuaca sudah cerah
Kelihatan si JJ di kejauhan.


Laluan di benteng sungai


Seekor lagi di seberang sungai.


Benteng sungai masih selamat buat si Zura.


Harap-harap cepatlah surutnya.

Salam bertani.

Rabu, 2 Oktober 2024

WW 572 : Sarapan Pagi Rabu

 Salam bertani

Pn Is3     : Bapaknya pagi ni saya malaslah nak masak. Kita sarapan luolah.

Wak        : Beres

(Dalam perjalanan)

Wak       : Emaknya nak sarapan kat mana?

Pn is3    : Kita singgah warung Haji Mahat.


Pn is3 order mi bandung dan kopi gobres.


Wak order mi hoon goreng basah dan teh O.

Selamat menjamu selera.

Salam bertani.