Rabu, 31 Ogos 2016

WW : Bubur Nasi.

Salam bertani.

Sejak semalam WP rasa macam perit-perit tekak aje. WP pesan pada Pn Is3, esok masak bubur nasi ajelah.
Jadi hari ini, bersarapan dan makan tengah hari dengan bubur nasi.




Salam Merdeka,
Salam bertani.

Selasa, 30 Ogos 2016

Jambu Bol : Tanaman yang semakin dilupakan.

Salam bertani.

Orang-orang dulu seperti WP memang biasa dengan pokok jambu bol. Boleh dikatakan setiap rumah dan kebun ada terdapat pokok jambu bol. Di hadapan rumah warisan WP ada sepohon jambu bol yang besar dan rajin berbuah. WP sering memanjatnya dan memakan buahnya sehingga kenyang di atas pokok. Tetapi sekarang pokok jambu bol tersebut telah tiada kerana ditebang.

Untuk mengelakkan kepupusan, WP ada menanam dua pokok jambu bol di belakang rumah dan telah beberapa kali berbuah. Pokok jambu bol klon yang dibiakkan melalui cantuman baji.



Mata bunga jambu bol.


Bunga jambu bol hampir berkembang.



Sedahan bunga jambu bol sedang berkembang.


Warna merah yang menarik.


Bunga membentuk putik buah.


Putik buah jambu bol.


Putik buah yang lain.


Putik buah semakin berisi


Buah jambu bol muda.


Buah muda semakin berisi.


Buah jambu bol.


Buah semakin membesar.


Sebiji buah matang jambu bol yang boleh dituai.


Sepohon jambu  bol klon yang terdapat  di belakang rumah.

Buah jambu bol yang hampir matang mudah diserang oleh lalat buah dan akan mengakibatkan buah jambu bol yang matang akan berulat. Perlu ada mekanisma  pengawalan serangan lalat buah untuk mendapatkan buah jambu bol matang yang berkualiti.

Salam bertani.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Perosak Tanaman.

Salam bertani.

Mengusahakan kerja-kerja bertani banyak rintangannya. Salah satu masalah yang sering mengecewakan hati petani ialah serangan perosak tanaman. Perosak tanaman yang sangat bermaharaja lela sekarang ialah monyet. Sekali serangan monyet yang masuk ke kebun boleh mendatangkan kerugian yang banyak kepada pekebun.

WP rasa, bertani pada masa dahulu lebih mudah kerana tiada serangan monyet seperti sekarang. Rata-rata petani sekarang mengeluh kerana serangan makhluk ini yang sudah ada di merata kawasan kerana ia amat mudah membiak dan berkembang. Bagaimana peranan pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah ini.


Ini adalah anak durian klon duri hitam yang telah berumur dua tahun.
Patah diperdu akibat dipanjat oleh monyet yang menyerang buah cempedak 
di sebelahnya. WP cuba sokong semula, tetapi akhirnya mati kerana cuaca panas sekarang.


Monyet paling gemar buah nangka.


Buah nangka muda yang dirosakkan oleh monyet.


Buah nangka madu yang menjadi santapannya.

Monyet juga suka merosakkan hasil tanaman durian. Ia akan menanggalkan bunga durian untuk menghisap manisannya, menanggalkan putik durian dan perkembangan terbaru monyet sudah pandai menebuk buah durian yang masak/gugur dan menyeluk isinya satu persatu menggunakan tangannya.

Pekebun buah tradisional sudah tidak mendapat hasil kerana serangan haiwan perosak ini.
Salam bertani.


Khamis, 25 Ogos 2016

Buah Getah.

Salam bertani.

Pernah melihat buah pokok getah? Bagi anak pekebun getah tentu telah biasa melihat buah getah dan pastinya ada kenangan yang tidak dapat dilupakan mengenai buah pokok getah ini.

WP membesar di kebun getah. Dari kecil hingga ke tua sekarang masih terlibat dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan kebun getah. Ada beberapa kenangan yang tidak dapat dilupakan berkaitan buah getah ini.

Semasa bersekolah darjah satu pada  tahun 60an dulu ,WP membawa 10 biji getah setiap hari ke sekolah. Biji getah ini digunakan untuk belajar mengira dari 1 sampailah 10.

Semasa di sekolah rendah, dengan biji getah inilah WP mendapat wang saku. Bila tiba musim biji getah luruh, kami akan bekerja mencari dan mengutip biji getah untuk dijual hingga berguni-guni banyaknya. Pada masa itu harganya, sekati (600gm sekarang) hanyalah 10 sen. Biji getah ni ringan, kalau  sebaldi baru dapat sekati.

Masyarakat kami juga menggunakan isi biji getah untuk dibuat makanan tempe. Sama seperti makanan tempe sekarang yang dibuat daripada kacang soya, tetapi dahulu kami menggunakan isi biji getah.

Bila bulan puasa, emak WP akan suruh kutip cengkerang biji getah (kami panggil cangkang getah) gunanya untuk membakar kuih bahulu dan kuih bangkit. Cangkang getah ni mudah jadi bara dan digunakan sebagai bahan api di bahagian atas cetak kuih bahulu dan kuih bangkit.

Bahagian bucu cangkang getah ada cangkuk yang tajam dan biasa melukakan tapak kaki kami apabila terpijak. Anak-anak zaman dahulu mana ada pakai kasut kalau pergi ke kebun.

Satu lagi, cangkang getah ni kami boleh jadikan mainan sebagai kipas yang perlu dihembus dengan kuat supaya berpusing. Siapa kipas yang paling lama berpusing akan menang.


Selepas musim luruh, pokok getah akan mengeluarkan pucuk
dan bunga serentak.


Bunga getah sedang berkembang.


Sepohon getah sedang berbunga dan berdaun muda.


Buah getah muda.


Buah getah yang hampir matang.


Sebiji buah getah mengandungi 3 bahagian
yang akan menghasilkan 3 biji benih.


Inilah yang dipanggil cangkang getah.
Satu biji buah getah akan menghasilkan 3 pasang
cangkang getah dan 3 biji benih getah.


Satu bahagian cengkerang buah getah yang telah matang.
Ia akan pecah sendiri (meletup kerana mengeluarkan bunyi)
dan gugur ke tanah.
Bagagian hujungnya ada cangkuk yang tajam.


Selonggok cangkang getah dan biji getah yang telah gugur.


Biji getah yang baru gugur. Mempunyai corak
yang unik tetapi lama-kelamaan akan pudar.


Sebiji getah yang akan menghasilkan sepokok anak getah.
Ia akan tumbuh sendiri walau pun tidak disemai.


Inilah kipas cangkang getah. Bahagian bucunya yang tajam perlu
diletakkan di hujung dua jari  dan dihembus dengan kuat supaya berpusing
dengan lajunya.

Itulah kenangan WP, anak pekebun getah.
Salam bertani.

Rabu, 24 Ogos 2016

Baja Tanaman 4 : NPK Hitam.

Salam bertani.

Baja NPK hitam adalah salah satu jenis baja  yang amat berguna kepada tanaman. Ia adalah baja tradisional dan asli yang bukan berasal daripada bahan kimia yang diproses. Baja NPK hitam biasa disebut baja organik yang mengandungi unsur-unsur lengkap yang diperlukan oleh tanaman. Walaupun kandungan NPKnya agak rendah jika dibandingkan dengan baja sebatian kimia, tetapi penggunaannya adalah lebih optimum dan berkesan kerana ia tidak mengalami kadar larutresapan yang tinggi seperti baja kimia.

Baja NPK hitam@ baja organik adalah bahan asli yang didapati sama ada daripada haiwan atau tumbuhan. Antara bahan yang biasa digunakan ialah najis haiwan seperti tahi ayam, tahi lembu, kulit telur, sisa pepmrosesan haiwan, bahan lebihan tumbuhan, kompos, guano dll. Bahan-bahan tersebut telah reput dan diurai sepenuhnya oleh mikroorganisma yang terdapat di dalamnya.

Baja organik boleh digunakan kepada semua jenis tanaman dalam semua peringkat pertumbuhan. Ia boleh dijadikan baja lubang, bahan campuran untuk tapak semaian, baja untik tumbesaran, pembungaan dan buah dan juga resisten terhadap penyakit serta pengaruh cuaca. Malah masyarakat sekarang telah mula beralih kepada tanaman organik yang bebas daripada bahan kimia (sama ada baja atau racun makhluk perosak)

Dianatara kebaikan baja NPK hitam @ baja organik adalah:
     
            i) Bahan asli yang murah dan mudah didapati d isekeliling kita.
           ii) Mengandungai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tanaman tidak terhad kepada NPK                        sahaja.
           iii) Kandungan nutrien yang kekal lebih lama di dalam tanah dan dapat memberi manfaat                          kepada tanaman dalam masa panjang.
            iv) Memperbaiki pengudaraan tanah terutama kepada tanah liat dan dapat mengikat zarah                          pasir supaya boleh menyimpan kelembapan.
              v) Tidak merosakkan tanaman semasa pembajaan berbanding baja kimia.
              vi) Mempastikan tanah sentiasa lembap kerana sifatnya seperti span yang boleh menyimpai                        air.
             vii) Boleh dijadikan sungkupan yang dapat menutup permukaan tanah daripada pancaran                           terik matahari.
             viii) Menggalakkan aktiviti mikri-organisma dalan tanah dan hidupan lain yang membantu                            kesuburan tanah seperti cacing tanah.
               ix) Bahan mesra alam yang tidak memberikan kesan buruk kepada tanah, air dan udara.
                 x) Dapat menfaatkan bahan-bahan lebihan terbuang untuk kegunaan pertanian
               xi) Dapat merawat tanah yang bermasalah untuk dijadikan kawasan penanaman.


Baja NPK hitam boleh didapati dalam bentuk asal seperti najis haiwan, guano (najis kelawar) atau pun yang telah diproses di kilang. Petani juga boleh memproses sendiri baja organik seperti membuat kompos malah ada jenis tanah yang kaya dengan bahan organik semulajadi yang dipanggil humus. Humus adalah bahan semula jadi yang berasal daripada tumbuhan dan haiwan yang telah reput sepenuhnya. Tanah yang kaya dengan humus berwarna hitam contohnya tanah gambut. Baja organik dalam bentuk larutan/cecair juga telah banyak dihasilkan.



Contoh baja organik yang diproses di kilang
mengandungi 5%N, 5%P, 5% K dan unsur-unsur lain.


Dikeluarkan oleh AgroBridge (M) Sdn. Bhd.
25 kg satu beg.


Satu contoh lain keluaran Efectiva Cultura.
25 kg satu beg.



Mengandungi mikro-organisma baik yang bermanfaat kepada tanah.


Kandungan Nutrien utama.


dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan oleh tanaman.


Aturan penggunaan.
Boleh merawat tanah sebelum penanaman dan penggunaan yang lebih kerap.



Contoh baja organik yang diproses.
Berwarna hitam.


Baja NPK Hitam 5:5:5

Hasil tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semusim yang menggunakan baja organik lebih selamat dimakan dan tidak memberikan kesan sampingan buruk dalam masa yang lama. Gunakanlah bahan organik yang ada di sekeliling kita untuk aktiviti pertanian agar lebih jimat dan selamat.

Penulisan hanyalah berpandukan pengalaman WP sebagai seorang petani sepenuh masa.
Salam bertani.

Selasa, 23 Ogos 2016

Duku Terengganu : Tanam Sepokok Tak Habis Makan.

Salam bertani.

Ada beberapa pokok duku Terengganu (orang JDT panggil duku-langsat) yang ditanam di kebun WP. Ada yang ditanam melalui biji benih dan ada juga baka klon dari cantuman mata tunas. Pokok duku Terengganu terutama yang ditanam melalui biji benih memerlukan masa yang lama untuk berbuah

Alhamdulillah, beberapa pokok duku Terengganu di kebun WP sedang berbuah sekarang.
Layan gambar-gambar sepohon duku Terengganu baka klon cantuman mata tunas yang sedang berbuah.


Pokok duku Terengganu mula berbunga


Bunga keluar daripada batang utama


Bunga semakin membesar.


Bunga sedang berkembang dan terdebunga.



Putik buah duku Terengganu.


Berbuah di batang utama.


Buah yang lebat.


Hingga ke pangkal pokok.


Buah yang masih muda.


Pokok yang dimaksudkan.
Berumur 6 tahun dan sudah 2 kali berbuah.


Buah yang bergayutan


Setiap batang dipenuhi dengan buah


dan buah lagi.


dan buah lagi.


suka tengok.


hari-hari nak tengok.


Gambar terkini.
Buah hampir matang.


Perlu sebulan lagi untuk masak ranum


Syukur Alhamdulillah.
Rezeki Allah.



Hampir matang.



Buah dukuTerengganu.
Tanam sepokok tak habis makan.

Salam bertani.