Khamis, 10 Disember 2015

Pokok Duit-duit

Salam bertani.

Pokok duit-duit merupakan tumbuhan parasit yang hidup melekat pada pokok lain. Dipanggil pokok duit-duit kerana daunnya tebal berbentuk bulat seperti duit syiling lima sen. Ada juga daunnya yang lebih nipis dan berbentuk tirus.

Pokok duit-duit adalah tumbuhan perosak kerana ia hidup di dahan pokok lain terutama pokok buah-buahan dan mengambil makanan daripada pokok tersebut. Pokok duit-duit cepat merebak dengan cara menjalar dan melekat pada dahan pokok. Sekiranya tidak dikawal ia akan menyebabkan dahan pokok tersebut tidak sihat dan mati. Pokok duit-duit juga menjadi tempat tinggal serangga perosak seperti ulat dan semut.

Pokok duit-duit kebal terhadap racun rumpai dan cara pengawalannya adalah secara manual iaitu dengan cara menarik dan membuangnya dari dahan tempat ia menumpang.

1. Pokok duit-duit di dahan durian.




2. Pokok duit-duit di pokok limau kasturi.
    Ada dahan pokok yang mati akibat serangan pokok duit-duit yang serius.










3. Pokok duit-duit di batang  kelapa.




4. Pokok duit-duit di dahan pokok dokong.
    Ada dahan dokong yang kering dan mati.








5. Pokok duit-duit di dahan nangka.




6. Pokok duit-duit di dahan rambutan.
    Peringkat awal pertumbuhan.


7. Pokok duit-duit di dahan pokok kopi.



Pokok duit-duit adalah jenis pokok pakis yang sangat mudah membiak melalui spora terutama di dahan-dahan pokok yang rimbun dan lembab. Pokok ini harus dikawal pertumbuhannya kerana boleh menjejaskan pengeluaran hasil pokok buah-buahan dan juga boleh mengakibatkan kematian pokok.

Salam bertani.

7 ulasan:

  1. Assalam..thanks sbb bg bgitu bnyk informasi about pokok duit duit..memudhkn krja..:)

    BalasPadam
  2. nice sharing.
    tq
    assalamualaikum..
    lamanya tak singgah blog warisan petani ni hihi

    BalasPadam
  3. Macam mana nak dpatkan Daun duit2 bulat ni tuan

    BalasPadam